Friday, July 17, 2009

KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

Kita harus bersyukur kerana dikurniakan seorang anak. Walaupun mereka insan isrimewa tetapi kita masih mempunyai zuriat yang boleh kita tumpahkan perasaan kasih sayang. Mereka perlu diasuh dan dididik dengan sempurna. Mereka perlu diajar setiap aspek kehidupan. Kita patut kembangkan setiap potensi yang ada pada mereka. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak istimewa. Banyak kementerian terlibat mengendalikan kanak-kanak istimewa ini. Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang sangat besar kepada kanak-kanak istimewa:

1. Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran
2. Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan
3. Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

GURU PENDIDIKAN KHAS

Pada peringkat awal menjadi guru pendidikan khas, saya ada juga rasa rendah diri. Tetapi lama kelamaan saya membina keyakinan diri dengan kebolehan yang saya ada. Bukan semua guru boleh mengajar kanak-kanak istimewa. Sebaik sahaja tamat pengajian peringkat Sarjana Muda, saya ditugaskan membuka Program Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) di sebuah sekolah di Maran. Saya mendaftar diri di sekolah itu pada 1 April 2000. Cabaran yang dihadapi ialah tiada pelajar dan tiada bilik darjah disediakan. Minggu berikutnya, seorang pelajar istimewa Muhammad Afiq mula mendaftar. Kami hanya menumpang Bilik Bacaan Pusat Sumber sebagai tempat belajar. Sebulan kemudian datang pula pelajar (hyperactive) berbangsa Cina. Pada tahun tersebut, itu sahaja murid yang saya ajar. Walaupun hanya 2 orang pelajar, mengajar dan melayan karenah mereka sama seperti mengajar satu kelas pelajar biasa.

AKTIVITI PENDIDIKAN KHAS

Pelajar Sedang Menyiapkan Banner Maulidur Rasul. Mereka terlibat secara langsung dengan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tahniah kerana Kain Rentang mereka menduduki tempat pertama dalam pertandingan menyediakan kain rentang sempena Maulidur Rasul 2009 peringkat sekolah. Tahniah juga buat Pn. Nor'Aziah Hj. Daud di atas bimbingan beliau.