Friday, July 17, 2009

GURU PENDIDIKAN KHAS

Pada peringkat awal menjadi guru pendidikan khas, saya ada juga rasa rendah diri. Tetapi lama kelamaan saya membina keyakinan diri dengan kebolehan yang saya ada. Bukan semua guru boleh mengajar kanak-kanak istimewa. Sebaik sahaja tamat pengajian peringkat Sarjana Muda, saya ditugaskan membuka Program Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) di sebuah sekolah di Maran. Saya mendaftar diri di sekolah itu pada 1 April 2000. Cabaran yang dihadapi ialah tiada pelajar dan tiada bilik darjah disediakan. Minggu berikutnya, seorang pelajar istimewa Muhammad Afiq mula mendaftar. Kami hanya menumpang Bilik Bacaan Pusat Sumber sebagai tempat belajar. Sebulan kemudian datang pula pelajar (hyperactive) berbangsa Cina. Pada tahun tersebut, itu sahaja murid yang saya ajar. Walaupun hanya 2 orang pelajar, mengajar dan melayan karenah mereka sama seperti mengajar satu kelas pelajar biasa.

1 comment:

  1. tak kira la cikgu pendidikan khas ke, cikgu utk pelajar normal ke semua mempunyai cabaran masing-masing.Hehheh nanti letak la jam ke tukar-tukar blog kat blog haji ni.

    ReplyDelete